Stalkers !

Friday

SharingIsCaring,CaringIsLoving :)

♥ kalau bercinta, jangan berkepit macam belangkas, hantar surat berbelas-belas, SMS berbalas-balas, masa dating sebelah tandas, berpeluk-peluk dalam bas, asyik menjeling dalam kelas, minum air perghh kongsi segelas...

bila ada konflik , haa mula la nak frust, nak tunai solat pun malas, tak dapat tumpu study dalam kelas, waktu result nak keluar tahu pulak cemas, takut exam tak pass, tup tup awek sendiri kena kebas, kesian.. melepas !

so, jadilah couple yang ada class, berdating ikut lunas, bergaul ada batas, jaga maruah dengan tegas, syariah dijaga dengan jelas, tutur kata sentiasa beralas, kalaulah cinta yang dihulur ikhlas, janganlah bimbang, cintamu pasti berbalas.

♥ kepada yang masih SINGLE,
cinta ibarat kupu-kupu, makin dikejar, makin dihindar. tapi,bila kau biarkan ia terbang, ia akan menghampirimu disaat kau tak terduga. cinta mampu membahagiakanmu, tetapi sering pula ia menyakiti. cinta itu hanya istimewa apabila kau berikan cinta kepada seseorang yang layak menerimanya.

♥ kepada PLAYBOY/PLAYGIRL,
jangan katakan 'AKU CINTA PADAMU' bila kau tidak benar-benar peduli. jangan bicarakan soal cinta bila itu tidak benar-benar ada. jangan sentuh hidup seseorang bila kau hanya berniat untuk mempermainkannya. jangan menatap ke dalam mata seseorang bila kau lakukan untuk pembohongan. hal paling kejam yang dilakukan ialah membuat seseorang jatuh cinta, sedangkan kau tak berniat langsung untuk MENERIMANYA saat ia terjatuh.

♥ kepada yang PATAH HATI,
bertahan selama kau menginginkannya akan menghiris luka sedalam kau membiarkannya. persoalannya, bukan bagaimana mengatasi rasa sakit itu, tetapi apa yang boleh diambil dan dihayati sebagai pengajaran dan hikmahnya.

♥ kepada yang BELUM PERNAH JATUH CINTA,
bagaimana kalau jatuh cinta? mahu jatuh, JATUHLAH ! tetapi jangan sampai terjerumus. biar selamba janji stabil. cubalah untuk memahami. bersedialah untuk terluka dan menderita, tetapi jangan disimpan semua rasa jika itu yang benar-benar dialami.

♥ kepada yang TAKUT MENGAKUI,
cinta menyakitkan apabila anda memutuskan hubungan dengan seseorang. tetapi lebih sakit lagi, bila seseorang memutuskan hubungan denganmu. namun, cinta paling menyakitkan apabila orang yang kau cintai langsung tidak megetahui perasaa mu terhadapnya.

♥ kepada yang masih bertahan MENCINTAI SESEORANG YANG TELAH PERGI,
hal yang menyedihkan dalam hidup ialah apabila kau bertemu seseorang, lalu jatuh cinta.akhirnya menyedari bahawa dia bukanlah jodoh dan kau telah mensia-siakan masa bertahun-tahun untuk orang yang tidak layak. kalau sekarang dia tidak layak, 10 tahun dari sekarang pun dia tidak akan layak. biarkan dia pergi, dan lupakan.


saje nak share :) selamat membaca kawan-2 ^^

Wednesday

umi .... ohh umi ... :'(

umi ...
myra demam ni umi ...
umi dengar tak ??
myra sakett ni umi ...
myra nak umi ...
umi ...
datang laa sini umi ... myra nak umi ....
myra rindu umi :(
umi ...
umi ...... !
myra sorang-2 ni umi ...
esok mungkin ade exam .... bukan exam tapi mungkin ade test ...
myra ta tahu nak jawab ape umi ...
umi , datang laa sini ... :(
umi ...
myra mintak maaf kalau myra tak boley jawab test physiology esok umi ...
myra tak larat nak membaca ... myra tak larat nak pergi kelas esok umi ...
maafkan myra umi :'(
myra dah makan ubat panadol yang umi belikan ....
tapi tak surut-2 lg ni umi ...
myra perlukan umi.....
hanya umi pengubat segala penyakit myra ...
umi ..
dengar ta rayuan anak umi ni ... :'(

umi ...
myra sayang umi ....
umi jaga diri elok-2 kat malaysia ...


ya Allah ....... :'(

Sunday

Umi , MyraNakBalik :'(

umi ....
myra rindu nak manje2 nan umii ....

umi ...
myra rindu nak peluk umi ....

umi ...
myra rindu nak makan masakan umi ....

umi ...
myra rindu nak bercakap2 nan umi ...

umi ...
myra rindu nak bermalas-2 nan umi ... ( HEE :D )

umi ...
myra rindu nak berjalan-2 nan umi ...

umi ...
myra rindu nak bershopping-2 nan umi ...

umi ...
myra rindu nak dengar umi membebel-2 .. (hak3 !)

umi ...
myra rindu nak tengok umi senyum-2 sambil ulik raihana tido ....

umi ...
myra rindu na dengar vocab baru umi ... hehe :D

umi ....


umi ..... !!!

RINDU UMI !!!! :'(

Tuesday

Awak , SayaPergiDulu .

memandangkan tajuk entry sy kali ini berbunyi begitu , maka betullah tu .
HAHA ! ape aku merepek ni ? hmm ..

Tinggal 4 hari je lagi untuk aku menghabiskan sisa2 cuti ku ini di Malaysia tercinta . bukan Malaysia yang aku cinta , tapi rakyatnya . Rakyatnya tu tak ade lah semua . HAHA ! Especially my family , Umi Abah , adik-beradik , my first 1-month baby niece , n of course i'm going to miss half-dead to my hubby-to-be , Mohamad Naim :')

Sepanjang aku bercuti di Malaysia , let me tell you how long . it's 3 months ! FULLED ! haha ! best ? ntah laa best kea ta . tapi oke la . aku balik jea hati aku bercambah . hati aku dicuri oleh seseorang . Then aku ade 'family' baru . lagi laa bertambah bahagia . Adik Anne , Adik Yan , Adik Nona , my beloved-gorgeous cousin Wafa , Abe Ajim , and Ju :) Thank you very much guys . you're really meant for me :) of course i'm going to miss you all ! and let me spill the beans , I REALLY LOVE YOU ALL :')

Guys ,
Aku tahu aku tak perfect . dan tak mungkin aku akan jadi perfect . yeah , aku tahu .
Jadi , aku nak mintak maaf atas segala salah dan silap aku sepanjang berkawan , bersahabat , bermesra , bergelak-ketawa , berhang-out together , (senang citer , sume 'BER' lah) hee :D
and ,
Jadi aku jugak , ingin memohon beribuan terima kaseh untuk kamu semua sudi bersama-sama dengan aku sepanjang 3-bulan aku di bumi Malaysia :) tanpa korang , sape lah aku kan :) huu ~
bagi orang lain yang anggap aku ni sombong , bongkak , ta sudi menegur , muka masam-mencuka-marah , merajuk2-manja - harap dapat dimaafkan lah yea . Seperti yang aku cakap kat atas tadi , aku bukan lah manusia yang sempurna , malah manusia yang hina di mata ALLAH S.W.T . Maafkan saya . Maafkan kekurangan saya . Maafkan keterlebihan saya . Sesungguhnya , Yang buruk datangnya dari saya sendiri , semua yang baek datang dari-NYA :')

Kalau nak cerita pasal dosa-dosa yang penah aku buat , memang tak habis la kan . HAHA ! ape yang aku mampu pohon , jutaan kemaafan . juataan pun ta mampu nak selesaikan semua kan ? tapi , at least , i admit it :) yang tak puas hati uh , meh bincang meh . hee :D

Persiapan ? OMG !
serious aku dah pening nak kemas barang aku . korang nak tahu tak ? ta na ? tape lah ! na bagitahu jugak ! hee . Aku punye kotak yg aku letak MAKANAN SAHAJA , dah 17KG . OMG ! gile ? memang pun =='
Serious berat ! tak campor dengan beg gedabak besar aku tuh . entah berapa la pulak kan ? HAHA ! mintak2 laa Abang2-Kakak2 kat KLIA yang uruskan pasal tiket GulfAir kea Mesir nanti baek2-ensem2-cantik2 . HEEE :D pleaseeeee , lepaskan beg2 saya nanti yea ? AMEEN ! korang doakan aku jugak tau . Thanks ^^

Kesihatan aku agak merosot sedikit sekarang . Perut aku ALHAMDULILLAH dah oke . cuma kepala aku jea . serious PENING ! aku ta tahu nak buat ape . bekalan ubat panadol kat rumah aku dah habis =.='' ughh ! TENSION nan pening nih . sampai tumbuh SATU jerawat batu kat pipi belah kanan (detail aku bagi) ! bertambah Tension aku =.=''
ya ALLAH , kau permudahkanlah urusanku ini . Ameen !

Risau ? agakk laaa ! hahaha ! nak tahu kenapa ? aku risau dengan cuaca sekarang laa awakkkkkk . tengok laa cuaca sekarang . mudah nak hujan . aku ambil flight MAS dr KB-KUL pukul 4.45 ptg . insyaALLAH sampai 5.45 ptg . it means i have 2 more hours for me to check-in my next flight from KUL-BAH , which is Gulf Air . Aku takut dengan cuaca sekarang tak menentu akan menjejaskan masa flight aku nanti . at least kalau aku dah sampai KUL , aku dah lega .
ya ALLAH , sekali lagi aku memohon pertolonganMU ya ALLAH , permudahkanlah segala urusanku ini . AMEEN !

Oke lah , setakat ini dulu lah . Na pgy dating dalam handphone pulak dengan mamat ensem uh . HAHA ! oke , bye !


Quote for us : Life is not that simple as a piece of cake if there is no USAHA !

Enjoy ! salam :)

Friday

to my dearest : Mohamad Na'im :')

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm... baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye... mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar : Baiklah... apa yang saya harus buat?

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.

Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik.
Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.

Wednesday

Menangis adalah teman wanita yang tabah :')

Ya Allah, mengapa wanita sering menangis?

Jawabnya:

Kerana wanita itu unik.
Aku ciptakannya sebagai makhluk istimewa,
AKu kuatkan bahunya untuk menjaga anak-anaknya,
AKu lembutkan hatinya untuk memberi rasa aman,
AKu kuatkan rahimnya untuk menyimpan benih manusia,
AKu teguhkan peribadinya untuk terus berjuang pada saat yang lain menyerah,
AKu berikannya naluri untuk mencintai anak-anak dalam apa jua keadaan sekalipun,
AKu kuatkan batinnya untuk tetap menyayangi walau dikhianati oleh teman,
Walau disakiti oleh “orang” yang dia sayangi..
Wanita makhluk kuat,
Tetapi jika satu saat dia menangis itu kerana AKu berikannya air mata untuk membasuh luka batin dan memberi kekuatan baru.

“WANITA itu ISTIMEWA”